Thursday, December 4, 2014

Kurus Cara Selamat Moden vs Sunnah


Assalam,..

Rata-rata daripada kita mengidamkan badan yang kurus cantik bukan..iyala siapa jugak berkehendakkan berisi sangat..Namun, kadang ada juga yang mahu berisi sebab terlampau kurus..okei..topik harini yang nak kurus dulu ya..al-maklumla saya juga maw kurus gtewwrr..

          Mana yang kita nak mulakan dulu..
          'Buang lemak duluka'
          'Buang Makananka'
          'Aktif bersenam'
          'Beli pil 'Segera' - makan arini bsok kurus ( selamat ka)
          'Makan sayuran sahaja dalam menu sehari2'
          dan banyak lagila...

Berdasarkan pengalaman remaja saya la kan, saya amalkan pil jamu..perghh..bila makan tu..perut memulas macam nak pengsan..dalam beberapa jam menahan sakitnya..iya..kurus cepat la..dalam 3 minggu nampak,,...kesan daripada amalan jamu itu..saya dapati sesuatu benda keras dalam payudara saya..dan syukur selamat dibuang disebelah tu sekecik 20sen...pada tahun 2004..setelah itu tumbuh lagi pada tahun 2005..sangat mendukacitakan..dan saya tahu itu adalah disebabkan pengambilan jamu yang tidak berdaftar dengan selamat di Malaysia..kandungannya juga tidak diyakini..
      Setelah itu, saya tidak berani mengambil sebarang pil kurus tanpa kelulusan kkm..sehingga la berjumpa dengan shaklee..suplemen yang sangat mudah dan bahannya dijaga rapi mengikut piawaian yang sangat terbaik.Saya lihat ramai kesan postif keatas orang sekeliling yang mencubanya..oleh itu saya mencubanya..namun ketidakpekaan saya membuatkan badan saya bertambah naik..Buat masa ni,badan agak naik kerana semasa hamil sehingga pantang ni tidak boleh mengambil pil kurus..kan..tetapi saya ada mengamalkan suplemen moden ini bercampur yang sunnah..bagaimana ibu hamil praktikkan semasa hamil,..sya juga amalkan nya untuk kurus.. Ketika saya amalkan itu, bukan saya yang perasan..tetapi orang sekeliling..Anda bole mencuba:
Resipi ini..

Pada waktu pagi seblum makan amalkan meminum cuka epal/jus delima..(boleh search google sebab hp sya x dpt save gambar )
Tengahari sebelum makan amik 2 biji omega
manakala sebelum makan malam amikla 2 biji lecithin (bergantung kepada bajet anda)
Malam sebelum tidur amikla alfalfa 2 Biji bagi melegakan penghadaman



Diantara fungsi suplemen adalah seperti berikut:

Alfalfa;
1. Membersihkan usus
2. Menyahkan toksin dalam badan

Omega Guard
1. Mengawal kolestrol dalam badan
2. Mengawal obesiti

Lecithin
1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Membantu proses pelangsingan

Berdasarkan pengalaman tersebut saya cuba untuk berkongsi kebaikan mengamalkan cara sunnah dan moden untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika dilihat memang fungsinya sama tetapi  kandungan yang terdapat pada tiap suplemen tersebut adalah berbeza. Saya juga sarankan agar anda sentiasa memilih yang terbaik dalam pengambilan suplemen  harian. Bagi mendapatkan tubuh badan ideal dengan cara selamat dan sekaligus melindungi kesihatan dalaman pilihla gabungan moden dan sunnah. Gabungan mantap menghasilkan hasil yang mantap insyaAllah membantu.


Sunday, November 30, 2014

Susu badan tertumpah


Entri kali ini berkisar susu badan untuk anakku..

Pada hari pertama bersalin, aku tidak dapat menyusukan cinta hatiku kerana proses bersalin ku yang terpaksa menunggu 2 hari dia dikeluarkan kerana air ketuban ku pecah terlebih dahulu. Sedihnya juga hari pertama malam itu tidak dapat tidur bersama kerana diasingkan untuk dia dipantau oleh pihak hospital samada air ketuban tersebut ada didalam perutnya..Sungguh rindu pada pagi pertama ku bangun dia tidak berada disisi..jiran katil pun pelik melihatkan keadaanku yang tidur tidak berteman..Dalam keadaan payah dan berkerusi roda akibat jahitan dibawah tempat bersalin tu sangatla sakit akibat bius telah hilang..Melihat baby dalam tabung sangat meruntun hati, berdoa sangat agar dapat pulang pada hari itu.. selepas balik melawat aku pun kembali ke wad..melihat sekeliling ibu tengah menyusukan bayi masing2..aku pun tidur agar tidak melayan perasaan tersebut..tiba2 dikejutkan suara..

    'Mama..mama..bangunn..susukan anak'..
    Dengan rasa gembira kudukung sikecil..aku pun membuka baju menyerahkan hak dia ..malangnya puting susu tidak keluar..lalu aku pun merepot kekurangan yang ada..diajar oleh nurse..agak beberapa hari juga puting dan susu ku tidak keluar..telah berusha..akhirnya dapat juga setelah ku rasa badan dan baju ku basah...amalan meminum susu esp menyebabkan susuku semakin meriah..baby dah mula lekat dibadan..puting susu dikeluarkan dengan bantuan picagari..Alhamdulillah ..sangat membantu..sehingga hari ini..baby da tambah rapat..Sebelum kahwin lagi aku mendengar dan ditekankan bahawa susu ibu adalah susu terbaik anak dari segala susu didunia..oleh itu, sebagai ibu..buatla terbaik untuk anak kita..kerana kita yang membentuknya sejak dari perut lagi..bukan orang lain..maka makanan permulaan yang baik itulah juga membuahkan keuntungan diduniadan akhirat..

Energizing Soy Protein



Susu Esp ni adalah kawan sepanjang 2 bulan menyusukan anakku..syukur sangat diperkenalkan esp ni semenjak sebelum kawin lagi..apabila berada dalam situasi ini..sememangnya cerita dan pengalaman mereka adalah bernar belaka...bukan sahaja mempromote barang baik tetapi membantu meningkatkan kesihatan sejagat.
Diantara kebaikan Esp pada tubuh kita adalah;

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan. 
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan 
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit. 
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,  
6. Memberi ton warna kulit yang sekata 7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu 8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan) 9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol 
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
 12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya 
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan 
15. Membantu mengurangkan risiko kanser,  
16. Bertindak sebagai antioksidan,  
17. Menguatkan sistem imun tubuh,  
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
 19. Memelihara kesihatan jantung  
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua 
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan 
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.  
24. Membantu merendahkan paras kolestrol,  
25. Mencegah osteoporosis 
26. Membantu pembentukan sel-sel baru. 
27. Membantu menyembuhkan gastrik.  
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
 29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan. 
30. Memudarkan parut 
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak 
32. Kecantikan kulit dan rambut 

Bijak dahulu bijak sekarang!!

Dapatkan penerangan percuma dari saya.
Boleh pm melalui facebook dan hubungi saya sue 0138835284
COD Sembulan, Kota Kinabalu,Tanjung Aru,Likas,Penampang, Putatan
Pos seluruh Malaysia

Bayi Tersedak Dibawah Usia 6 bulan

Assalam semuanya,

Hari ini entri terluah kesan akibat tersedak susu pada bayi. Saya tidak tahu kalau ia tersedak susu ataupun akibat benda lain. Pada 22 Nov lalu, saya begitu teruja dan gembira nak kuar berjlan meraikan ulangtahun perkahwinan pertama kami. Selepas minum petang, anaku merengek dan telah saya sediakan susu botol sebab sikecilku telah biasa susu botol dan badan. Sambil cucii mata saya menyusukan c baby..mungkin saya menyusukan secara baring. Tetapi selepas dia menyusu saya pun berdirikan dibahu untuk kuarkan 'burp' tetapi masa tu tiada bunyi lalu saya serahkan pada suami. Secara tidak perasan saya terlupa pesan agar kuarkan burpnya..
      
   Jalan punya jalan hampir 3jam meronda akhirnya kami menuju ke kereta untuk kedestinasi selanjutnya. Secara tiba-tiba, masuk ja kereta dan duduk nak bangunkan baby dia dengan muka pitam dan kuarkan susu dan nampakwajahnya yang sedak2 buat hati saya terkejut...jantungku rasa sejuk..sang suami yang masi belum arif asyik bertanya 'kenapa'...stress tak???saya dengan hati yang lemah tetapi kuat membangunkan dan menepuk2 belakang baby..sejurus baby terus membuka besar matanya..wajahnya yang diam dan masi pucat2 menyebabkan hati saya masi trauma dan fobia..Melihat dirinya pada ketika itu menyebabkan saya jantung saya terhenti...kupeluk anakku sepanjang perjalanan pulang..dan boleh lagi suami ku menyoal 'nak pergi mana lagi ni'?..ya Allah..stress x?...trauma itu masi menerjah sehingga hari ini..tetapi aku kuatkan hati bahawa Allah cuba menunjukkan sesuatu yang kita x mampu tangani..Bersyukur anaku masi dibawah lindungaNya...ammmiiinn..ammmiin..

      Jadi kepada para ibu dan bapa janganla panik...cepatlah bertindak ..dan kalau boleh sentiasala berada disisi bersama anak yang tidak mengerti apa2..jika menghantar ke taska ..berilah peringatan..cara menyusukan botol baby adalah dengan cara kepala lebih tinggi dari dada..dan pastikan selepas menyusu terus usap badan belakang keluarkan bunyi 'burp'..setelah bunyi burp itulah baby akan rasa lega bila angin dikeluarkan..begitu juga susu badan ..kalau terlampau banyak susu jangan la memaksa baby menyusu terus..tengok cara baby menghisap susu..laju atau secara biasa..risau kalau terlampau laju menyusu..air susu telampau banyak menyebabkan baby akan mudah mengumpul susu dimulut baru ditelan...

Pengalaman seperti ini sangat berguna kepada saya..perasaan cemas pada ketika itu..hanya Allah yang mengetahui..Jadikanla info berguna untuk pengetahuan ibu semua..sesiapa yang ada detik cemas ini, jangan segan berkongsi..kerana kita sebagai ibu ingin terbaik untuk anak kita..

diari hari ini.30.11.2014..21:56.

Friday, November 28, 2014

Anak Bijak Dalam Kandungan

Omega Guard



Assalammualaikum,

       Pada petang yang tenang ini saya selitkan masa untuk update blog tak seberapa ini. Si puteri kecilku yang sudah berumur 1 bulan 28 hari menyebabkan hatiku lega kerana berlalu saat dia mendapat penyakit kuning. Bercakap pasal kuning nanti saya akan kongsikan dalam diari Mama Auni ya. Sekarang ni nak kongsikan kebaikan Omega Guard dalam kehidupan sehari-hari. Walaupun omega guard adalah suplemen moden tetapi saya pun baru mengetahui bahawa kandungan Omega 3 yang diperlukan dalam tubuh juga adalah makanan Sunnah. Kandungan DHA dan EPA sangat digalakkan bagi perkembangan otak bayi. Saya?...amalan pemakanan Omega Guard sepanjang mengandung telah saya amalkan sejak kandungan dihujung bulan ke2. Saya kurang memerlukan susu formula ibu hamil kerana kandungan yang saya kurang pasti akan kandungannya. Lagi pun omega guard shaklee sangat berkesan pada saya seblum saya mendirikan rumah tangga lagi. Diantara kebaikannya ialah dapat mengurangkan kadar kolestrol saya sebab pemakanan saya yang agak tidak seimbang.Alhamdulillah sangat membantu.

Jom lihat salah seorang testimoni omega guard.


Mengapa saya memilih Omega Guard Shaklee adalah bukan sebab saya SID tetapi sebelum ini saya ada juga mengamalkan brand lain tetapi tidak dapat merasakan keberkesanannya. Saya pun kurang arif dimana kesalahan brand lain tetapi Omega Guard shaklee terasa kelainannya dimana tahap kolestrol yang sangat boleh dibanggakan dengan tubuh badan saya yang berada ditahap BMI yang tidak seimbang. Sebab itu sepanjang mengandung saya memilih omega guard dalam set hamil shaklee saya disamping membantu dalam perkembangan otak anak yang dikandung.


 Carta dan jadual yang ditunjukkan menunjukkan perbezaannya. Nyata bukan?..kandungan EPA dan DHA begitu tinggi dan anda boleh rasa setiap kali makan suplemen omega guard shaklee kandungan minyak ikan akan mula terasa di mulut tetapi tidak brand lain yang tidak memberi sebarang kesan akan minyak ikan yang terkandung didalamnya.

Sebagai seorang ibu kita berhak memilih yang terbaik untuk sikecil, kitala yang akan membentuk masa depan mereka. Tidak juga terlewat bagi kanak-kanak berusia 3 bulan dan keatas. Ibu yang menyusukan sikecil masih boleh mendapat khasiatnya melalui susu ibu dan anak yang sedang membesar dan sedang bersekolah dan menyambung pengajian tinggi juga masih boleh mengamalkannya.

Omega guard bukan sahaja kaya untuk perkembangan otak tetapi banyak lagi kebaikan yang terkandung didalamnya.

Bijak dahulu bijak sekarang!!

Dapatkan penerangan percuma dari saya.
Boleh pm melalui facebook dan hubungi saya sue 0138835284
COD Sembulan, Kota Kinabalu,Tanjung Aru,Likas,Penampang, Putatan
Pos seluruh Malaysia

Wednesday, November 19, 2014

KELAHIRAN ANAK PERTAMA KU

Bismillah...
Assalamualaikum,

Lamanya tidak berblog. sememangnya kesibukan masa mencemburiku. Jadi peluang berblog sangat membataskan sedangkan dihati ini ingin sangat berblog seperti rakan lain. Berkongsi kegembiraan kesihatan dan keceriaan. Kesedihan? Sebenarnya kehidupan ini tidak lekang dengan pelbagai dugaan dari Nya. Kita insan biasa lemah tidak berdaya. Perkara itu adalah biasa tetapi dalam agama Islam sememangnya tidak menggalakkan kita terlampau merenung kesedihan seolah2 kita akan hidup bersamanya. Jom saya kongsikan kegembiraan saat melahirkan puteri sulungku.

29 September 2014 - 4:30 subuh
Seawal waktu ini saya telahpun bersiap sebab dihati ingin menghabiskan kerja d opis sebelum menjelang tarikh bersalin sebenar 08 Oktober 2014. Dengan rasa rajin pegila membasuh kain sebaldi setelah itu mandi awal dan ingin bersiap solat subuh dimana 4:50 pagi tetapi ketika mandi itu terasa lain pula kencing tiba2..ingatkan kencing ja.. so ambila air wudhu ..baru nak kebilik, tumpah lagi air..ermm..bingung..rehat kjap..trus amik air wudhu lgi..pas amik wudhu lagi..tumpah lagi...rasa lain da..sbb berdiri ja air tumpah..jam da mnunjukkn kul 6.00 pgi..kol hubby minta antar ke hospital. disana mendaftar sehinggala dimasukkan wad.sangat stress sebab ini anak pertama..rasa takut bingung gembira stress semua adaa..ditahan 24 jam coz teda tanda2 sakit bersalin atau bukaan. 

01 Oktober 2014 - 3:45 petang
Tepat waktu ini 1 Oktober 2014 setelah berhabis tenaga menahan sakit dan dugaan ditempuh akhirnya puteri ku selamat dilahirkan ... disebabkan mengambil suntikan tahan sakit paling lucu apabila nurse yang memegang anakku bertanyakan status jantina anaku dalam keadaan samar aku pun menjawab 'lelaki'..suami yang berada disisi ketika itu tersentak dan menegurku...'tengok betul2 syg' katanya...nurse juga mencelah..'mama..lihat betul2'..ku bukakan mata dengan terang dan senyum germbira..'perempuan'...Alhamdulillah...


Bagi yang sedang hamil dan bakal lahir anak pertama ...perkataan sakit memang akan menerjah diminda...sebenarnya debaran tu memang akan ada sebab ibu yang tidak berpengalaman banyak sangat pertanyaannya..seperti saya..hihi..kadang Allah bagi ibu2 rasa sakit nak bersalin ..ada yang tidak..ada yang mudah..ada yang sukar..oleh itu,pengalaman kita sangat berbeza..bukan sama tahu..nak dipermudahkan banyakkan berdoa.zikir...sangat membantu..kerana Allah Maha Mengetahui apa yang Dia Kehendaki...
Alhamdulillah juga sepanjang kehamilan saya tidak mengalami sebarang alahan..cuma pembawaan ketara ialah saya tidak suka berhias. sebab tu igat anak lelaki tetapi bila di scan anak perempuan...sebab tu saya jawab anak lelaki..itula asbabnya..

**setakat ini coretan kelahiran pertamaku**

AYaNgcuE- Mama Auni Batrisyia
                -Love first Oct 2014- 
                                                                             - to be continue-
 

Sunday, September 14, 2014

Salam perkenalan


Bismillah...

Assalamualaikum semuanya...
Nampak sangatla tak terupdate blog ni sejak dah berumahtangga...apapun sebelumnya itu saya akan  menceritakan serba sedikit tentang diri saya...
saya suriyawati berasal dari Kota Kinabalu..panggil ja sue/suri..glamerr gtewrr...bekerja sebagai kerani besa sahaja..mendirikan rumahtangga pada 22November  2013...dan yang beshnya sedang menunggu kelahiran sicomel yang dijangka bila-bila sahaja akan bersalin..persiapan?...hihihi...mcm hari raya..everythings done cakap org sabah...hihi..menulis blog merupakan perkara yang suda lama saya nantikan..cuma masa sahaja membataskan...yala da la keja kerani ni..mcm2 nak disiapkan..xpa..lambat atau awal itu semua dari usaha sendirikan...seawalnya dari dulu memang keja ikut arahan...jadi kalau bz memang bzla...( panjang merepek pulak ni)...ok.ok...blog ni memang saya kongsikan bertujuan pengalaman pahit manis bersama shaklee..
Shaklee...
Apa itu shaklee?..
Inila suplemen saya setelah banyak2 suplemen yang saya amik dfarmasi seperti guardian n watson..sebenarnya saya mengamalkan suplemen apabila saya terlampau bekerja dan kurang berehat dan mengamalkan pengambilan makanan yang tidak seimbang...dalam pada masa yang sama saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2006-2010 secara pengajian jarak jauh...sangat penat dan tekanan bertubi2 disebabkan kertas kerja yang banyak diberikan ketika itu...dan akibat daripada itu..badan pun turun naik ...pening??jangan cakap..sangat pening..pernah beberapa kali jantung laju dan pengsan2...pegi hospital buat pemeriksaan tiada apa2 yang dikesan..sehingga terjumpa majalah kesihatan terkenal di Malaysia ...apa lagi kalau bukan Rapi..disana saya terbaca faktor penyebab adalah tekanan dan kurang rehat...bayangkan la...saya tidak paham apa itu tekanan..Bermula dari itu saya sentiasa menjaga kesihatan dan mencari2 suplemen sebab saya tidak suka akan ubat yang akan memberi kesan dalam tubuh...2 tahun kemudian setelah konvo...ada seorang kawan iaitu rakan sekelas menceritkan  suplemen yang diambilnya...bila ternampak logo shaklee ternyata suplemen itu pernah saya cuba cari sejak sekolah lagi kerana keberkesannya yang sangat baik...lalu saya pun memesannya dan yang kali kedua order saya tidak berwas2 untuk jadi member bagi memudahkan saya mendapatkan stok dengan harga ahli..

Setakat ini sahaja perkongsian saya yang x seberapa...tapi..kalau ada sebarang pertanyaan jangan segan dan malu...boleh hubungi saya terus

0138835284
facebook...ayangcue..klik jer kat fb link tu ya...

#shakleeffect
#shakleeindependentdistributor868306
#sembulan,kota kinabalu,seluruh sabah dan pos seluruh Malaysia,Singapore dan Brunei

Assalamualaikum...




Sunday, May 4, 2014

Usaha Kehamilan bersama Shaklee

Assalamualaikum,

Terasa lama tidak blog kerana masalah lappy dan kekangan masa dalam kehidupn baru sekarang...
Sungguh berbeza masa bujang dan selepas kahwin ni, lebih-lebih lagi telahpun berisi selama 4 bulan..Alhamdulillah berkat dan usaha dan segala rahmat yang diberikan olehNya, saya telahpun disahkan mengandung...Syukur..bagi para isteri yang menantikan 'cinta baru'saya nasihatkan jangan mudah berputus asa..jika diikut pada bulan pertama perkahwinan saya memang risau sebab x dapat lgi..sebab masa tu uzur dah x normal....risau dihati bukan kepalang cepat2 saya mengambil GLA complex dan mengikut cara yang betul..kebetulan sang suami memang saya bekalkan set kesuburan sebagai persediaan sebelum kahwin..Disini saya menceritakan pengalaman dan kisah sebenar saya bukan bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri..tetapi cuba untuk membantu golongan para isteri diluar sana..saya yang berkahwin selama sebulan risau akan penantian itu apatahlagi yang telah lama menantikannya..
Sebelum saya berkahwin, saya aktif bergerak membawa shaklee kesana sini apabila ada peluangberjualan terbuka (sekarang pihak shaklee tidak membenarkan jualan terbuka )..seorang pelanggan menghampiri ke gerai saya dan terus memuji akan keberkesanan shaklee kepada anak perempuannya..Dalam cerita tersebut anaknya telahpun berkahwin selama 5 tahun sehingga sang suami seperti mencari perempuan lain barula ia tersedar akan kekurangannya,..segala macam dicuba sehingga bertemu set shaklee kata emaknya..saya yang pengedarl ini cuma mendengar dengan penuh khusyuk sebab ada orang lain beli set tetapi tidak berjaya..sekali lagi bertanya bagaimana dia berjaya ..dan emaknya menjawab..'anak saya mengambilnya penuh konsisten, berharap dan berdoa agar itulah usahanya'...Alhamdulillahh katanya...dapat juga 2 anak..

Bayangkan saya yang kahwin sebulan pun terasa lamanya apatah lagi yang kahwin lebih dari setahun..sesungguhnya apa yang Tuhan bagi memangla dugaan tetapi dugaan yang diberi mesti harus diselesaikan dan diusahakan bukan dibiarkan..apalah erti harga set kesuburan bebranding penantian bertahun-tahun bukan...Allah itu Maha menentukan segalanya cuma yang merancng kita..

Set Kesuburan lengkap yang diperlukan.

B-Complex 
lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

Zinc complex
Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Unutk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron

Vitamin E complex
Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah utk bersenyawa dgn ovum

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt ditingkatkan. Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.

Alfalfa
tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.  Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido).Ia juga memberi kelegaan semasa haid . Untuk suami pula, ia meningkatkan stamina seorang suami

ESP 
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Saya pengedar bebas shaklee di area Kota Kinabalu, Sabah, Sarawak Semenanjung Malaysia, Brunei dan Singapore ..
Free Consultation
SID868306
0138835284
suriyawati misrie