Friday, January 23, 2015

Solat Sunat Dhuha Cara Kita Mendapatkan KeredhaanNya

Assamualaikum semuanya,.

Ramai daripada kita sekarang mengamalkan sunat dhuha menjadikan solat kewajipan seharian bagi mendapatkan keampunan dari Illahi. Selain daripada itu, solat sunat Dhuha merupakan solat yang ajaib kepada umatNya. Melalui Dhuha, Allah Yang Maha Pemurah sangat bermurah memberikan rezeki kepada umatNya yang rajin meminta kepadaNya kerana daripadaNya kita diciptakan, maka daripadaNya kita meminta bantuan.

  Solat sunat Dhuha yang dilakukan sebanyak 2 rakaat adalah sangat mudah. Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

   Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w kita diunjurkan solat sunat Dhuha kerana baginda juga tidak pernah meninggalkan solat ini sebagai tanda rasa syukurnya atas nikmat yang diberi. Baginda akan melakukan solat Dhuha sebanyak 8 rakaat sehingga 12 rakaat dan paling sedikit 2 rakaat.


Semoga dengan perkongsian Solat Sunat Dhuha membentuk hati kita agar lebih bersyukur keatas rezeki yang dilimpahkan olehNya. Bukan itu sahaja, malah bagi yang sentiasa dan rajin meminta padaNya maka yakinlah bahawa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Kaya. Mintalah dan berdoalah padaNya diampunkan dosa dan dimurahkan rezeki InshaAllah Dialah Maha Pengurnia akan segala yang kita doa padaNya. SubhnaAllah. Jom rajin dhuha dan jangan lupa yang wajib juga tahu kalau nak lebihh extra bolehla bertahajud di satu pertiga malam. Amiinn..
In Category :

No comments:

Post a Comment