Sunday, December 28, 2014

SUKARNYA MENJADI SURI RUMAH

     Alhamdulillah..selepas bersalin saya diberi peluang bercuti bergaji penuh mengikut kelayakan selama 3 bulan.Tidaklah perlu saya banggakan atau cuba mencari nama. Cuma pengalaman berbeza menjadi suri dan pekerja adalah dua dunia yang berbeza yang hendak saya sampaikan.

      Cuti panjang ini adalah cuti yang diisi dengan begitu manfaat menjaga anak yang baru dilahirkan.Namun begitu, bukan sahaja cuti ini dimanfaatkan menjaga anak tetapi juga menguruskan hal ehwal rumahtangga. Saya yang masih tinggal bersama keluarga saya bukan peluang saya untuk tidak berdikari. Mungkin ramai yang berfikiran bahawa bertuah sekiranya dalam pantang tinggal bersama keluarga yang boleh membantu. Mungkin ada benarnya tetapi salah sangkaan orang kerana saya juga kena berdikari kerana keluarga saya juga mempunyai urusan masing-masing.

     Sukarnya menjadi suri rumah tidaklah sesukar mana dikala saya sendiri dibesarkan dengan keluarga yang sederhana sewaktu kecil. Saya diajar menguruskan rumah sejak dibangku sekolah rendah lagi serta menguruskan adik yang kecil. Alhamdulillah tidak sedikitpun merasa sukarnya menguruskan kerja rumah. Mungkin agak lupa bagaimana penjagaan bayi kecil kerana seingat saya ibu memberi hakpenjagaan adik semasa umur 7 bulan keatas kerana dia sendiri bekerja.

     Bezanya ditempat kerja saya cuma perlu fokus kerja yang diarahkan, tetapi apabila berada dirumah segala kerja menjaga anak, memasak, mencuci pakaian dan mengemas perlu dibuat sehari-hari.Kerja dipejabat/tempat kerja atau suri rumah yang menjadi pilihan para isteri merupakan keputusan yang amat sukar dan patut dipuji kerana para isteri mempunyai hati yang sangat cekal yang sukar saya gambarkan.

     Oleh itu, para suami haruslah membantu dan menyokong isteri anda. Cintailah mereka setulus hati kerana kami isteri adalah nadi setiap kehidupan. Sokong tak para wanita semuanya. Bagi menambah tenaga dan mengekalkan kesihatan dan kecantikan saya akan mengamalkan suplemen shaklee setiap hari. BComplex, Vitalea sangat memberi tenaga dipagi hari. Minuman mealshake dan esp kekal cerdas dan sebagai ibu yang aktif menyusukan juga membantu memekatkan dan membanyakkan susu. Menjadi suri rumah atau wanita berkerjaya sama-sama hebat sebab itu kita harus kekal cergas.




   
In Category :

No comments:

Post a Comment