Sunday, November 30, 2014

Bayi Tersedak Dibawah Usia 6 bulan

Assalam semuanya,

Hari ini entri terluah kesan akibat tersedak susu pada bayi. Saya tidak tahu kalau ia tersedak susu ataupun akibat benda lain. Pada 22 Nov lalu, saya begitu teruja dan gembira nak kuar berjlan meraikan ulangtahun perkahwinan pertama kami. Selepas minum petang, anaku merengek dan telah saya sediakan susu botol sebab sikecilku telah biasa susu botol dan badan. Sambil cucii mata saya menyusukan c baby..mungkin saya menyusukan secara baring. Tetapi selepas dia menyusu saya pun berdirikan dibahu untuk kuarkan 'burp' tetapi masa tu tiada bunyi lalu saya serahkan pada suami. Secara tidak perasan saya terlupa pesan agar kuarkan burpnya..
      
   Jalan punya jalan hampir 3jam meronda akhirnya kami menuju ke kereta untuk kedestinasi selanjutnya. Secara tiba-tiba, masuk ja kereta dan duduk nak bangunkan baby dia dengan muka pitam dan kuarkan susu dan nampakwajahnya yang sedak2 buat hati saya terkejut...jantungku rasa sejuk..sang suami yang masi belum arif asyik bertanya 'kenapa'...stress tak???saya dengan hati yang lemah tetapi kuat membangunkan dan menepuk2 belakang baby..sejurus baby terus membuka besar matanya..wajahnya yang diam dan masi pucat2 menyebabkan hati saya masi trauma dan fobia..Melihat dirinya pada ketika itu menyebabkan saya jantung saya terhenti...kupeluk anakku sepanjang perjalanan pulang..dan boleh lagi suami ku menyoal 'nak pergi mana lagi ni'?..ya Allah..stress x?...trauma itu masi menerjah sehingga hari ini..tetapi aku kuatkan hati bahawa Allah cuba menunjukkan sesuatu yang kita x mampu tangani..Bersyukur anaku masi dibawah lindungaNya...ammmiiinn..ammmiin..

      Jadi kepada para ibu dan bapa janganla panik...cepatlah bertindak ..dan kalau boleh sentiasala berada disisi bersama anak yang tidak mengerti apa2..jika menghantar ke taska ..berilah peringatan..cara menyusukan botol baby adalah dengan cara kepala lebih tinggi dari dada..dan pastikan selepas menyusu terus usap badan belakang keluarkan bunyi 'burp'..setelah bunyi burp itulah baby akan rasa lega bila angin dikeluarkan..begitu juga susu badan ..kalau terlampau banyak susu jangan la memaksa baby menyusu terus..tengok cara baby menghisap susu..laju atau secara biasa..risau kalau terlampau laju menyusu..air susu telampau banyak menyebabkan baby akan mudah mengumpul susu dimulut baru ditelan...

Pengalaman seperti ini sangat berguna kepada saya..perasaan cemas pada ketika itu..hanya Allah yang mengetahui..Jadikanla info berguna untuk pengetahuan ibu semua..sesiapa yang ada detik cemas ini, jangan segan berkongsi..kerana kita sebagai ibu ingin terbaik untuk anak kita..

diari hari ini.30.11.2014..21:56.
In Category :

No comments:

Post a Comment