Tuesday, February 10, 2015

Juara Maharaja Lawak Mega 2014?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.

Ingat tak bait lirik ini...."Tidak Kena Abang..Tidak Kena..".."Tidak Sakit Abang..Tidak Sakit"..

Masih tidak lewat saya berkongsikan kegembiraan yang dimenangi oleh Juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2014. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya! Kepada juara MLM kumpulan Zero yang berasal dari Sabah "Boleh Bah Kalau Kau"..Slogan yang menaikkan semangat ini menjadikan kumpulan ini terus mara ke peringkat akhir tanpa penat lelah.
   Saya akui setiap minggu akan ternanti-nanti akan lawak yang akan disampaikan oleh mereka dan setiap minggu pencapaian mereka sangat memberangsangkan (mula dah macam juri pulak). Apabila tetiba dalam 4 minggu terakhir sebelum ke peringkat akhir pencapaian semakin menurun. Risaunya kerana ramai mengharapkan lawak terbaik dari mereka.
    Alhamdulillah tidak mengecewakan dalam masa 2 minggu sebelum ke final.Mereka buktikan mereka boleh berjaya.Terpancar kesungguhan mereka walau dalam kepenatan. Mencari idea pada setiap minggu bukanlah perkara enteng yang mereka cuba sampaikan. Memuaskan hati penonton adalah tugas utama mereka sepanjang MLM itu dan siapa yang mampu menjayakan dihadapan ramai orang?
     Kesemua pelawak dalam MLM mempunyai peluang untuk menang pada pertandingan tersebut, namun berkat pilihan pelawak kegemaran juri dan peminat Kumpulan Zero adalah layak untuk tahun 2014. Secara jujurnya, kumpulan pelawak yang saya gemari adalah Kumpulan Sepahtu, Bocey dan Shiro. Namun, jika dilihat pada tahun 2014 lawak mereka agak kurang menyengat. So, susah nak ramal kemenangan mereka.
     Keluarga saya sangat meminati rancangan Maharaja Lawak Mega ini. Setiap tahun pasti tidak ketinggalan. Walaubagaimanapun, siapa pun juara siapa pun yang kalah adalah rezeki masing-masing.Kadangkala keyboard warrior ni selalu ingin mencari titik kesalahan juri bahawa kumpulan zero tidak layak bergelar juara..Apapun 'dari kita sahaja bah itu' mahu lawak yang benar diiktiraf atau sekadar lawak populariti.
   Oleh itu, jadilah juri yang adil dari segi kualiti bukan populariti. Popular boleh dicari bila-bila dan dimana-mana. Namun mencari kualiti pasti akan ditemui apabila menjelangnya kerugian.



"YANG PASTI KEMENANGAN MILIK SETIAP INSAN"

No comments:

Post a Comment